Wednesday, 3 August 2016

Sekeping Serendah

About #sekepingserendah 




1. Jalan nak masuk berbatu tajam dan ada yang berlopak, so drive dengan kereta yang condition tayar dia okay. And ya, tempat ni dekat dengan pusat serenti, kalau dalam perjalanan jumpa pusat tu means laluan tu dah betul lah tu. Sign board dia tertulis atas batu laa, celah2 ruang laa. So, kena perhati betul2 signboard.

2. The sheds tersangatlah terbuka(especially glass shed). Tersangatlah close to nature. But jangan bimbang sebab every shed located jauh antara satu sama lain so, masih ada privacy. 


3. For girls, I suggest you to stay at the Timber Shed 1. Sebab lebih banyak dinding(yg diyakini/bukan glass) and sebab dia located dekat dengan rumah penjaga. 


4. Bilik air dia 'open' ye kawan2, tempat mandi dan membuang dalam satu bilik air yg besar. Lepas tu hanya ada dinding, siling takde(berbumbungkan awan dan pokok). And untuk penggunaan tandas, sila biasakan diri beristinjak dgn tisu. 


5. Anjing ada di mana2 saja. Tapi macam chipsmore, kejap ada kejap takde. And rules kalau bertembung anjing; jangan lari. 


6. Ada 2 infinity pool tapi kalau nak ke pool kena jalan sikit ke dalam hutan. Pool jauh sikit dari sheds tapi safe je. Sepanjang dekat sana, kitorang je yang main kat pool, da macam private pool kitorang je.


7. Dapur dia cenggini haa. Best. Bahan masak2 sendiri bawak, alatan je dia bagi (including for bbq). Oven, kettle dgn fridge provided. 


8. Laluan dari satu tempat ke tempat lain sangatlah kecil dan curam. Jalan pejalan kaki dibuat dari simen tapi dah ada lumut2 sikit so agak licin. 

9. Katil dia comfy and ada kelambu ala2 princesses yang lawa(every girls dream). Perabot dia modern semuanya, but (Timber shed 2) is actually rumah kayu lama. So, it is classic with a touch of modern designs.

10. Price dia vary ikut hari dan jenis shed. Ada macam2 jenis shed, daripada untuk 2-15orang. Book awal sebab, sekarang ramai yang dah tau kewujudannya and ramai yg nak ke sana. Takut tak sempat book je. 



The rates for the chalet yang kami booked. The Timber Shed 1.

DAYPER NIGHT (MAX 6 PAX)*
Monday-ThursdayRM630
Friday & SundayRM680
SaturdayRM930
Extra bedNot allowed







Yup, 
Been there. Done that.

No comments:

Post a Comment